March 7, 2021

Kenyataan Media oleh YB Wong Siew Ki selaku Ahli Dewan Negeri Balakong merangkap Ketua DAPSY Selangor pada 18hb Mac 2020 di Balakong.

Umum sedia maklum, Malaysia mula mencatatkan kes awal Covid-19 sejak penghujung Januari 2020 yang lalu. Namun yang demikian, peningkatan kes mendadak dari hari ke hari dan situasi mula tidak terkawal sejak Kerajaan Persekutuan yang baharu merampas kuasa dan mengkhianati mandat rakyat Malaysia. Sehingga hari ini terdapat lebih 500 kes telah dilaporkan dengan 2 kes kematian.

Sebagai usaha mengawal keadaan yang semakin parah ini, pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin telah memgumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

PKP yang dikeluarkan pada malam 16 Mac 2020 ini sepatutnya memberi ruang dan masa yang mencukupi buat rakyat Malaysia untuk membuat persediaan sepanjang tempoh PKP. Namun yang demikian, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila bukan sahaja rakyat yang perlukan masa untuk membuat persediaan, tetapi juga para menteri yang jelas tidak mempunyai susunan kerja dan koordinasi arahan antara satu sama lain dan jelas tidak bersedia untuk melaksanakan perintah kawalan ini. Kebanyakkan initipati pengumuman YAB Perdana Menteri juga gagal disampaikan dengan jelas dan telah menimbulkan lebih banyak pertanyaan sehingga menjadikan rakyat mula panik dan tidak terkawal.

  1. Arahan penutupan pusat pengajian tinggi sehingga mahasiswa dan mahasiswi mendapat arahan awal daripada pihak pengurusan universiti masing-masing untuk mengosongkan kampus yang hanya menimbulkan rasa panik dan kerisauan dalam kalangan mahasiswa/wi, para pensyarah dan ibu bapa. Hanya pada sebelah malam, 17 Mac 2020, barulah Menteri Pengajian Tinggi, YB Dr Noraini binti Ahmad mengeluarkan kenyataan penerangan sedangkan anak-anak ini sudahpun mengosongkan universiti masing-masing!
  2. Hal ini disusuli dengan situasi orang ramai termasuk para pelajar yang diarahkan mengosongkan universiti mula membanjiri Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehingga menyebabkan TBS menjadi tempat perkumpulan orang awam dalam keadaan yang sukar dikawal.
  3. Arahan memaklumkan dan mendapatkan kebenaran daripada Balai Polis Daerah untuk pergerakan antara negeri yang juga telah menimbulkan pelbagai reaksi yang menjadikan keadaan semakin tidak terkawal. Orang ramai mula membanjiri balai polis untuk mendapatkan borang dan kebenaran ini. Akhirnya balai polis menjadi tempat seterusnya untuk orang ramai berkumpul! Tidak dikira dengan dua kenyataan susulan yang menarik balik dan kemudian melaksanakan semula arahan ini, yang hanya diputuskan lewat malam tadi.
  4. Persoalan seterusnya, di mana Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika keadaan menjadi semakin pincang ini? Bukankah sepatutnya arahan sebegini dikeluarkan dan di bawah tanggungjawab beliau untuk menggariskan mekanisme pergerakan orang awam ini? Nampaknya Kerajaan YAB Muhyiddin Yassin lebih selesan menggunakan pegawai penjawat awam untuk menutup kelemahan mereka. Begitulah halnya juga apabila lima Menteri Besar/ Ketua Negeri di bawah pembangkan tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Khas Covid-19 yang lalu, yang akhirnya Ketua Setiausaha Negara telah dipertanggungjawabkan atas kekhilafan ini. Tak mungkin KSN boleh lakukan kelhilafan ini dan hanya melibatkan negeri-negeri pembangkang sahaja?
  5. Kegagalan Menteri KPDNHEP dalam memastikan rakyat tidak bertindak melulu ekoran kebimbangan stok makanan dan barang keperluan harian juga amat mendukacitakan. Rakyat dibiarkan diselebungi kerisauan dan panik sehingga membuat andaian sendiri kerana pihak Kerajaan Persekutuan yang dilihat sambil lewa dan tidak efektif ini.

Matlamat PKP ini adalah supaya orang awam menghadkan pergerakan dan kontak sesama mereka dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin serius. Namun yang demikian semenjak arahan PKP ini dikeluarkan, keadaan menjadi tidak terkawal apabila pihak Kerajaan Persekutuan gagal menjelaskan mekanisme pelaksanaan PKP ini. Kesudahannya, rakyat dibiarkan bingung dan membuat andaian sendiri.

DAPSY Selangor berasa amat kecewa dengan situasi ini yang bukan sahaja merisikokan orang awam, tetapi apa yang lebih bahaya adalah merisikokan barisan hadapan negara. Bayangkan risiko yang dihadapi pihak polis apabila orang ramai menyerbu balai polis, doktor-doktor dan pegawai perubatan yang mengharapkan PKP ini dapat mengawal jumlah jangkitan Coronavirus, kini berhadapan dengan kemungkinan penularan yang lebih cepat ekoran insiden di balai polis, TBS, pusat membeli belah dan jalan raya.

Kegagalan tadbir urus ini jelas menunjukkan kepincangan Kerajaan Persekutuan di bawah YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin terutama sekali melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan KPDNHEP yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan efektif. Malaysia tidak perlukan menteri-menteri pasif seperti ini, apatah lagi menteri yang tidak dipilih oleh rakyat. Sekiranya bukan jawatan yang dicari, mereka akan sedar diri dan perlu meletak jawatan daripada terus menjadikan rakyat sebagai mangsa kegagalan mereka ini.

DAPSY Selangor juga menggesa tindakan efektif Kerajaan Persekutuan, sekiranya memandang isu ini dengan serius supaya memastikan penerangan mengenai mekanisme PKP ini diperincikan dengan jelas dari masa ke semasa. Selain itu, pertimbangan dan keprihatan terhadapan kebajikan dan kepentingan anggota barisan hadapan negara juga perlu diberi keutamaan.

DAPSY Selangor menggesa perancangan mekanisme dan koordinasi yang teratur, bukan sahaja di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi juga kerjasama dengan Kerajaan Negeri supaya usaha membendung penularan wabak Covid-19 ini dapat dijalankan. Apabila ianya berkaitan keselamatan dan nyawa rakyat, ketepikan perbezaan politik dan soal kuasa. Kita tidak mahu lebih banyak kegagalan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 ini yang akhirnya akam memakan lebih banyak nyawa orang awam di bawah tanggungjawab kita.

无拉港州议员兼民主行动党雪州社青团团长王诗棋2020年3月18日于无拉港发表文告:

有鉴于新冠肺炎在新任中央政府密谋夺权的一个星期内因政治因素导致监管失控而迅速蔓延传开,至今已有超过五百宗病例以及两个死亡案例,我国新任首相与他的整个臃肿不堪的内阁缺乏共识与知识的情况之下,于前日(16日)宣布今日起进入行动管制时期,直至本月31日为止。

提早一天宣布的政策理应是为了让人民有足够的准备以应付接下来十四天的行动管制时期,唯令我们深感遗憾的是,不仅仅是人民需要时间准备,完全不在状况内的国盟政府以及众部长却是全无对策,采取见步行步的消极心态。新任首相宣布的政策模糊不清,造成了人民更大的恐慌及延伸出更多的问题!

一、 大专学府被勒令关闭,以致住在宿舍的学子们被迫清空宿舍,也让不仅仅是学生,而是包括讲师与家长在内的人民紧张及担忧。一直到昨晚,新任高教部部长诺莱妮才出面澄清,但学子们已经被赶出了宿舍!
二、 被赶出宿舍的学生与其他公众被迫挤满了巴士总站,导致巴士总站成为人潮聚集的封闭式地区,也让疫情更有机会大量扩散。
三、 更甚的是,紧接下来警方要求跨州行动者需获得警方的批准,导致人民为了得到这一纸批文而涌向各区警局,最后使到各区警局成为下一个人潮聚集的高危区!尽管之后警方宣布撤销跨州准证,也已经无补于事。
四、 我们想知道的是,在这种混乱且危急的情况底下,新任内政部长韩沙再努丁去了哪里?他不是应该在岗位上统一全马警局的管理并且下达清楚仔细的命令的吗?看来新任首相丹斯里慕尤丁更倾向于利用公务员成为掩盖新任政府的无能的代罪羔羊。这件事从五个希盟执政州州务大臣/首长不获邀请出席过去的新冠肺炎跨州会议,却由政府首席秘书出面道歉一事也可以看出。若说这只是不小心的失误,无关政治角力,全国所有州属与联邦直辖区,为什么被遗漏了的州属全都是希盟执政州呢?
五、 除了高教部与内政部,国内贸易及消费人事务部的表现同样令人遗憾。在行动管制令颁布前后,由于贸消部的无为之治,导致人民陷入恐慌,大量人潮涌入各市场抢购必需品,又再次增加了感染风险。

行动管制的原意就是希望人民尽可能减少外出与人接触的机会,好让新冠肺炎的传播几率减到最低。就算新任首相丹斯里慕尤丁因政治因素选择漠视五个希盟执政州以及其境内占全国人口约40%的大马人民,其内阁成员不应该不了解这个政策的最终目的。然而,国盟政府完全失败的执行能力造成了这两三天的人民被逼做出各式各样的揣测与行动。

雪州社青团对此现象感到非常失望,因为这不仅仅把全国人民暴露在一个又一个的风险之下,那些站在前线的救灾维安人员更是处于最危急的状态!当人民蜂拥到各超市、警局、交通总站、马路等地方时,发生交叉感染的几率大增,而身处警局执行任务的警察们、在医院抢救病人的医护人员将会需要面对倍增的感染风险!

在新任首相丹斯里慕尤丁领导之下的无能政府,尤其是高教部、内政部与贸消部完全无法应对此次危机。马来西亚不需要这些无能部长,更何况这些部长并不是被人民认可的。他们应当为了自己的失职,导致人民受害而引咎辞职!

雪州社青团也再此呼吁中央政府严正看待新冠肺炎危机,积极执行行动管制令,并尽快拟出清晰且容易让人理解的各项细则,把人民与前线人员放在首位,而不是仍然在为争权夺利而争论不休。

雪州社青团也要求中央政府积极与各州政府通力合作,为了人民的福祉,把政治偏见放在一旁,好让新冠肺炎疫情可以早日受控制。我们不希望更多的失误导致疫情扩散,以至于更多活生生的人命被葬送在这场疫情当中。