March 7, 2021

ADAKAH DANA PARTI BERSATU BOLEH DIGUNAKAN TANPA KELULUSAN AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI?

Kredit Suara Srikandi Malaysia

Ahli Parti Bersatu telah dijelaskan 2 hari lepas bahawa Hanya Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi yg Menang Tanpa Bertanding boleh urus parti bersama Setiausaha Agung yg Pengerusi lantik.

Oleh itu, Adakah Dana RM 4000 yg diedarkan baru2 ini boleh dikeluarkan oleh Mantan Presiden dan Bendahari TANPA KELULUSAN MPT yg di Pengerusi kan oleh Tun? Siapa tandatangan Cek parti?

Sila lah Ahli2 Bersatu baca Artikel Tn Hanif Kathri ini untuk memahami penyelewengan yg sedang dilakukan oleh pemimpin2 atasan yg sudah tiada kuasa drp segi Perlembagaan Parti. Dan apa tindakan Ahli terhadap perkara ini?

#KekalBerprinsip
#TolakPengkhianat

Siri : 2025

ADAKAH BANTUAN KEWANGAN RM4 RIBU SETIAP BAHAGIAN BERSATU UNTUK DIAGIHKAN KEPADA AHLI-AHLI BAHAGIAN SATU PERLANGGARAN FASAL 24 PERLEMBAGAAN PARTI BERSATU ??!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 26.03.2020, sepucuk surat makluman yang ditandatangani oleh HAMZAH ZAINUDDIN, Setiausaha Agung Parti BERSATU, yang mana pelantikannya adalah dipertikaikan, telah tertular di media sosial, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan berhubung kesahihan kandungan surat makluman itu dari sudut Perlembagaan Parti BERSATU.

(Salinan dua (2) mukasurat SURAT MAKLUMAN 26.03.2020 di Ruang Bawah, Kanan, Atas & Bawah)

2. Di dalam penulisan ini, saya tidak berhasrat untuk membincangkan isu kesahihan lantikan HAMZAH ZAINUDDIN itu, yang mana telah saya pertikaikan di Siri : 2016 dan 2017, dan seterusnya melalui Siri : 2022 saya telah sarankan agar “status quo” kedudukan pucuk pimpinan Parti BERSATU dikekalkan sehingga selesai Pemilihan Parti BERSATU, yang dijangka pada pertengahan tahun 20202 kelak.

3. Tujuan utama tulisan saya di sini adalah berkaitan PERSOALAN yang ditampilkan di tajuk Siri : 2025 di atas, iaitu :

“Adakah bantuan kewangan RM4 ribu setiap Bahagian BERSATU untuk diagihkan kepada Ahli-Ahli Bahagian, satu perlanggaran FASAL 24 Perlembagaan Parti BERSATU ??!!”

4. Tanpa mengambil pihak, dan melalui penelitian objektif akan kandungan SURAT MAKLUMAN 26.03.2020 itu, ianya akan menunjukkan bahawa :

(a) Perenggan 2, Baris 4, berbunyi :

“Di dalam menyantuni ahli-ahli parti yang terjejas dan memerlukan bantuan segera, YAB PRESIDEN PARTI BERBESAR HATI UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN kepada setiap Bahagian untuk disampaikan kepada ahli-ahli terjejas di dalam Bahagian masing-masing.”

(b) Daripada bacaan objektif di atas, saya berpendapat bahawa DANA yang ingin disalurkan untuk bantuan ahli-ahli Parti BERSATU yang terjejas adalah DANA PRESIDEN secara peribadi, dan bukannya DANA PARTI !

(c) Ianya adalah teramat penting untuk meneliti dan mengesahkan perkara dan fakta berhubung DANA ini, kerana sekiranya ianya adalah DANA PRESIDEN dan bukannya DANA PARTI maka isu berkaitan perlanggaran FASAL 24 Perlembagaan Parti BERSATU, secara khususnya FASAL 24.8, besar kemungkinan TIDAK TERCETUS, di mana ianya berbunyi :

“FASAL 24.8. :

Perbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM500,000.00) pada satu-satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Pimpinan Tertinggi.”

(d) Sememangnya, dan sekiranya ianya adalah DANA Parti BERSATU yang ingin diagihkan melalui SURAT MAKLUMAN 26.03.2020 itu, maka ianya akan tertakluk kepada FASAL 24.8 yang dirujuk di atas, dan tanpa keupayaan untuk memanggil dan mengadakan mana-mana Mesyuarat Majlis Pimpinan Teringgi disebabkan Arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 16.03.2020 yang melarang mana-mana perjumpaan, persidangan ataupun Mesyuarat Parti daripada diadakan sehingga 30.06.2020, maka ianya akan menjadi satu PERLANGGARAN Perlembagaan Parti BERSATU, jika DANA Parti diagihkan tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

5. Justeru, mungkin ada baiknya agar Bendahari Parti BERSATU (dan BUKANNYA Setiausaha Agung HAMZAH ZAINUDDIN yang dipertikaikan pelantikannya) dapat memberi penjelasan berkaitan sumber DANA yang dirujuk dalam Perenggan 2 SURAT MAKLUMAN 26.03.2020, agar kekeliruan dan kecelaruan yang ditampilkan berkaitan kesahihan pengagihan DANA ini, pada masa ianya sememangnya diperlukan oleh Ahli-Ahli Parti BERSATU tatkala di musim PKP ini, dapat diselesaikan dengan cara baik dan tuntas, dan berpandukan Perlembagaan Parti BERSATU sebaiknya.

6. Begitu juga, sumber DANA PRESIDEN yang dihasratkan untuk diagihkan itu juga dapat dimaklumkan akan puncanya, supaya ianya juga tidak menimbulkan apa-apa persoalan lanjut memandangkan ianya adalah berjumlah lebih daripada Ringgit Malaysia 500,000.00.

7. Bebas daripada kesemua di atas, ada baiknya juga HAMZAH ZAINUDDIN, yang dipertikaikan pelantikannya, dapat terlebih dahulu mempelajari susunan ayat dan bahasa yang betul agar tidak menampilkan apa-apa persoalan berkaitan kesahihan kandungan akan SURAT MAKLUMAN lanjut, walaupun yang sebaiknya adalah untuk HAMZAH ZAINUDDIN secara sukarela menawarkan diri untuk mengekalkan “status quo” kedudukan kesemua pucuk pimpinan Parti BERSATU, termasuk dan tidak terhad kepada kedudukan Setiausaha Agung yang sah, MARZUKI YAHYA, sehingga selesainya Pemilihan Parti BERSATU di pertengahan tahun 2020 kelak.

TANPA GUNDAH – GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri
27.03.2020 @ 1828