
3 Oktober 2020- Ahli-ahli Parlimen and Pemimpin DAP Negeri Johor bersama-sama menyediakan sebuah tabung khas (Bantu Siswa #JohorJagaJohor) bagi membantu mahasiswa anak negeri Johor yang menghadapi kesukaran di perantauan akibat kelemahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang lambat mengumumkan penangguhan pendaftaran secara fizikal para pelajar di Institut Pengajian Tinggi berikutan angka jangkitan wabak Covid-19 yang semakin meningkat baru-baru ini.
Kumpulan para pemimpin tersebut yang terdiri daripada Liew Chin Tong, Pang Hok Liong, Yeo Bee Yin, Wong Shu Qi, Lim Kit Siang dan Teo Nie Ching mengorak langkah pertama dalam menjayakan inisiatif tersebut dengan menyumbang sebanyak RM2,000 seorang.
“Kelemahan Kementerian Pengajian Tinggi dalam menguruskan hal terbabit telah memaksa organisasi politik dan individu untuk menawarkan bantuan kewangan serta penginapan kepada mahasiswa yang terjejas. Tahniah dan terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia yang telah menunjukkan semangat solidariti yang begitu hebat.
Mengambil semangat yang sama, kami Ahli-ahli Parlimen and Pemimpin DAP Negeri Johor dengan ini memberi komitmen RM2,000 seorang untuk menyediakan sebuah tabung khas bagi membantu mahasiswa anak negeri Johor yang menghadapi kesukaran di perantauan; dengan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak RM12,000.” ujar mereka melalyu satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.
Tambah mereka, mahasiswa Johor yang memerlukan bantuan boleh memohon daripada dana Bantu Siswa #JohorJagaJohor secara atas talian di pautan: http://bit.ly/JohorJagaJohor.
Semalam KPT mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Tindakan tersebut didakwa terlambat dan menyusahkan para pelajar yang telah pun berada di kampus masing-masing bagi tujuan pendaftaran.
More Stories
Kumpulan alumni UiTM dari DAP desak Kerajaan tidak kompromi kualiti pendidikan UiTM
The marvel is not that Joe Biden won, but that Donald Trump nearly won!
Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM digesa tidak lancarkan produk baru, pastikan dahulu perkhidmatan asas dikendalikan dengan efektif – Hannah Yeoh